BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Aras Bawah, Blok C,
Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR.


NOTIS SEBUT HARGA


NO. SEBUT HARGA : SUK.PHG.SH.04/2024(BTM)
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN DAN ICT BAGI PELAKSANAAN PERKHIDMATAN ONLINE AGENSI KERAJAAN PAHANG TAHUN 2024

Sebut harga dipelawa daripada pembekal / kontraktor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA .

Dokumen sebut harga ini ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di URL berikut :- https://perolehan.pahang.gov.my mulai 29 April 2024 (Isnin) hingga 13 Mei 2024 (Isnin). Penyebut harga yang belum mendaftar sebagai pembekal boleh berbuat demikian melalui url https://perolehan.pahang.gov.my/frmDaftar_akaun.php. Sekiranya telah mendaftar, penyebut harga boleh log masuk ke sistem melalui url: https://perolehan.pahang.gov.my/frmLoginpem.php.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 13 Mei 2024 (Isnin). Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimuat naik dalam format PDF ke dalam sistem seperti yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Siti Maisarah Binti Rosman, Bahagian Teknologi Maklumat di talian 09-5129 431. Pentadbiran ini tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran serta tidak bertanggungjawab atas apa jua perbelanjaan yang terlibat oleh penyebut harga untuk mengemukakan tawaran ini.

Cetakan Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 07/05/2024