BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Aras Bawah, Blok C,
Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR.


NOTIS SEBUT HARGA


NO. SEBUT HARGA : SUK.PHG.SH.19/2024(BTM)
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENAIK TARAF PORTAL RASMI PEJABAT DAERAH DAN TANAH NEGERI PAHANG TAHUN 2024

Sebut harga dipelawa daripada pembekal / kontraktor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah bidang / sub bidang / pecahan bidang 210103, 210104 dan/atau 210106.

Dokumen sebut harga ini ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di URL berikut :- https://perolehan.pahang.gov.my mulai 14 Jun 2024 (Jumaat) hingga 21 Jun 2024 (Jumaat). Penyebut harga yang belum mendaftar sebagai pembekal boleh berbuat demikian melalui url https://perolehan.pahang.gov.my/frmDaftar_akaun.php. Sekiranya telah mendaftar, penyebut harga boleh log masuk ke sistem melalui url: https://perolehan.pahang.gov.my/frmLoginpem.php.

Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimuat naik dalam format pdf ke dalam Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 21 Jun 2024 (Jumaat).

Cetakan Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 18/06/2024