BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Aras Bawah, Blok C,
Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan
PAHANG DARUL MAKMUR.


NOTIS SEBUT HARGA


NO. SEBUT HARGA : SUK.PHG.SH.23/2026(BTM)
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI PAHANG DAN MICROSITE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

Sebut harga dipelawa daripada pembekal / kontraktor yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah bidang / sub bidang / pecahan bidang 210103, 210104 dan/atau 210106.

Dokumen sebut harga ini ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di URL berikut :- https://perolehan.pahang.gov.my mulai 26 Mac 2026 (Khamis) hingga 08 April 2026 (Rabu). Penyebut harga yang belum mendaftar sebagai pembekal boleh berbuat demikian melalui url https://perolehan.pahang.gov.my/frmDaftar_akaun.php. Sekiranya telah mendaftar, penyebut harga boleh log masuk ke sistem melalui url: https://perolehan.pahang.gov.my/frmLoginpem.php.

Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimuat naik dalam format pdf ke dalam Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang seperti yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari pada 08 April 2026 (Rabu).

Harga Indikatif Jabatan: RM 80,000.00. Harga Indikatif Jabatan ini merupakan anggaran sahaja dan tidak mengikat Kerajaan atau syarikat. Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

Cetakan Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 15/03/2026