PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KENYATAAN TENDER


Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN yang masih sah tempohnya dibawah Kod Bidang 210101 (Hardware (low end technology)), 210102 (Hardware (high end technology)) dan/atau 210103 (Software) bagi menyertai tender berikut :
Bil Jenis Kerja Harga Senaskah (RM)
1. Tender Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Mentauliahkan Peralatan Ict Bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2026 RM 100.00

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat sahaja mulai 26 Jun 2026 (Jumaat) dan boleh diperolehi setelah menjelaskan bayaran melalui Tunai, Wang Pos, Wang Kiriman atau Deraf Bank atas nama YB. Setiausaha Kerajaan Pahang di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat 1, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang.

Dokumen tender hanya dikeluarkan kepada pembekal/ kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Wakil yang ditakrifkan dalam ayat ini ialah orang yang diberi kuasa dan namanya tidak tercatit dalam sijil pendaftaran sebagai ahli lembaga syarikat. Bagi maksud ini, wakil hendaklah membawa bersama surat wakil daripada syarikat.

Sila kemukakan resit bayaran untuk mendapatkan dokumen tender ini di Bahagian Teknologi Maklumat, Seksyen Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Aras Bawah, Blok C, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan.

Dokumen tender yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertulis di sudut kiri atas ‘No. Tender : SUK.PHG.TNDR.02/2026(BTM)’ dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Teknologi Maklumat, Seksyen Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Aras Bawah, Blok C, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan selewatnya pada 16 Julai 2026 (Khamis), tidak lewat dari jam 12:00 tengah hari.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Muhammad Nurazim Bin Azman, Bahagian Teknologi Maklumat di talian 09-5164305. Pentadbiran ini tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran serta tidak bertanggungjawab atas apa jua perbelanjaan yang terlibat oleh penyebutharga untuk mengemukakan tawaran ini.

Harga Indikatif Jabatan: RM 4,119,790.00. Harga Indikatif Jabatan ini merupakan anggaran sahaja dan tidak mengikat Kerajaan atau syarikat. Kerajaan tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.

Cetakan Sistem Pengurusan Perolehan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang 20/06/2026